WELCOMEEE 2014!!!!

WELCOMEEE 2014!!!!
Muhammad Aliff Hazim Dan Muhammad Alif Madani my Boy!!

Sunday, November 16, 2008

Bidadari


Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsb). Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masamudanya dihabiskan. Kisah......:Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain ( - bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib(berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agamaAllah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid,maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah seorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sngguh indah,dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk...saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgah sana sana.Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... laludiberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab... eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainulmardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yag pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat didunia.... lalu wanita itu berkata ... akulah ainul mardhiah. Aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......Tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi. Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi didalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid.Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang shaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar...benar... benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabiSAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....subhanallah...Kesimpulan cerita ini....Tiada rehat atau terputusnya kehidupan selepas hidup di dunia.... selepas seseorang mati maka kehidupanya terus bersambung dengan kehidupan barzakh, akhirat etc.... Kehidupan akhirat adalah satu perjalanan yang cukup jauh dan cepat untuk tiba.... kalaulah suatu perjalanan kita dari Malaysia ke Amerika yang mana kehidupan di sana menjanjikan kehidupan yang lebih baik maka sudah pastilah bekalan yang banyak telah kita buat.... jual tanah, jual lembu kerbau, jual kereta untuk membuat bekalan ke sana kerana kehidupan disana akan menjaminkan kebahagiaan dan segala yang tergadai ini dapat kita kecapi semua.... maka apatah lagi kehidupan akhirat lebih-lebih perjalanannya nun jauh di sana dan tiada sebarang perjanjian untuk hidup bahagia melainkan bekalan taqwa dan iman yang sempurna serta amal yang soleh... semoga kita semua dapat amal dan sampaikan....Sudahkah anda menunaikan SOLAT ? Dari Abdullah bin 'Amr .a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...



"Dirimu pembakar semangat perwira

Rela berkorban demi agama

Kau jadi taruhan berjuta pemuda

Yang bakal dinobat sebagai syuhada

Itulah janji pencipta Yang Esa


Engkaulah bidadari dalam syurga

Bersemayam di mahligai bahagia

Anggun gayamu wahai seorang puteri

Indahnya wajah bermandi seri


Menjadi cermin tamsilan kendiri

Untuk melakar satu wacana

Buatmu bernama wanita


( korus )


Ainul Mardhiah

Kau seharum kuntuman di Taman Syurga

Menanti hadirnya seorang lelaki

Untuk menjadi bukti cinta sejati

Ooh! Tuhanku

Bisakah dicari di dunia ini

Seorang wanita bak bidadari

Menghulurkan cinta setulus kasih


( ulang korus )


Di hati lelaki bernama kekasih ( 3X )


dipetik dari file en. ahmad yusran abdullah


No comments:

Powered By Blogger